Khamis, 23 September 2010

Tentatif terkini majlis HPAIC 2n Oct 2010


ATURCARA MAJLIS PERASMIAN MENARA HPAic & HPA HALAL MALL
2 OKTOBER 2010

Isnin, 20 September 2010

SEPINTAS LALU MENUJU DETIK GEMILANG


TUAN HAJI ISMAIL BIN AHMAD SEORANG NAKHODA HARAPAN.

Menghayati Perjuangan.
Mendiagnosis masalah kesungguhan dengan mengambil kira keuntungan yang didapati hasil dari kesinambungan rintisan dan jerih perih seorang insan yang bernama Tuan Haji Ismail bin Ahmad membina juga membuka jalan seluas-luasnya kepada usahawan melayu khasnya bagi memperlihatkan kepada dunia bahawa HPA itu mampu mendidik jemaahnya dan  membawa islam dan ekonominya sama tinggi dan setaraf dengan bangsa-bangsa asing.

Kepakaran beliau bukan sahaja dilihat dalam ilmu herba bahkan dalam mengkhususkan alternatif, meramal kesan-kesan dan memilih alternatif  selari dengan tuntutan agama bagi melepaskan kita dari belengu permasalahan tentang pemakanan dan kehalalan yang selama ini sentiasa menimbulkan keresahan dalam mencari jalan penyelesaian. 

 
Sejauh mana HPA mampu menapak.
Seandainya kita sering diasak dengan persoalan-persoalan negetif yang adakalanya mengaburkan kenyataan bahawa HPA telah jauh berkembang ianya membuktikan masih ada segelintir yang memandang HPA hanya pada persepsi yang tertentu. Selaras dengan impian besar dan usaha-usaha gigih Tuan Haji Ismail sendiri, Hpa kini berjaya mengujudkan peluang-peluang perkerjan di dalam era pembangunan yang harus direbut bagi merealisasikan harapan sejagat bahawa sampai masanya nanti akan ujud satu organisasi yang akan mempertahankan islam dari sudut budaya ilmu, ekonomi dan perjuangan.

 
Nakhoda Pelayaran.
Sebagai seorang yang penuh bertanggung jawab Tuan haji Ismail memainkan peranan penting sebagai seorang nakhoda yang telah berjaya membimbing kelasi-kelasinya melayarkan bahtera HPA atas dasar penyatuan bersandarkan semangat dan keyakinan. Mengharungi saat-saat taufan dan badai, pendirian dan pegangan beliau amat jelas bahawa Allah itu sentiasa berada di sisi hamba-hamba-Nya selama mana kita yakin bahawa setiap ujian yang didatangkan adalah tazkirah kehidupan.

Ahad, 19 September 2010

RALAT KPJ: PEMBETULAN HARI KPJ KLUANG

Dimaklumkan bahawa terdapat sedikit ralat pada hari bagi KJ Kluang iaitu pada 29 September ini Sepatutnya pada tarikh tersebut jatuh pada hari Rabu tetapi di dalam hebahan dicatat hari Isnin. Diharapkan pihak cawangan membuat pembetulan segera. Maaf di atas kesulitan yang dialami. Kerjasama anda amat dihargai.

PIC KHAS SYAWAL PENUH

PIC KHAS Syawal sudahpun penuh.
Penyertaan di tutup. Tunggu PIC Khas
akan datang…

@Perubatan Jawi PIC khas 27 /9 dan 28/9
sudah ditutup untuk penyertaan.
Bagi mereka yang beminat bolehlah
mohon untuk program ke 3 nanti.
Banyak perkara baru yang perlu
kita pelajari dalam masa kita
berniaga produk produk halal ini.

TAWARAN PEMASARAN PRODUK

HPA Industries Sdn Bhd

mempelawa semua usahawan muslim
yang ada produk bagi menjadikan
MLMS HPA sebagai rangkaian
pemasaran seluruh negara.
Jika berminat sila e-mailkan ke alamat :
rektor_kpj@yahoo.com
untuk dihantar syarat syaratnya.

Program Qurban Masyarakat Campa Cambodia

Salam seluruh warga HPA

HPA Cambodia akan sedang berusaha untuk membantu Masyarakat Muslim Cambodia(Campa) dalam program Qurban. Sesungguhnya Masyarakat Muslim Cambodia hidup dalam serba kekurangan dan amat begitu daif. Sehubungan dengan itu demi sesuap daging yang di makan setahun sekali, marilah tahun ini kita menyalurkan ibadat Qurban kita kepada masyarakat tersebut. Setiap tahun daging Qurban di negara kita melimpah ruah dan berputar dikalangan kita, sedangkan ibadah Qurban bertujuan untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
Bagi yang ingin bersama HPA CAMBODIA dalam ibadah Qurban ini boleh menyalurkan kepada HPA Malaysia dengan menghubungi saudara Khidir Osman(staff AWM) pada no hp 0194582205. Harga setompok RM 200(termasuk kos pengurusan sembelihan dan sebagainya). Pembayaran boleh di lakukan dengan bayaran melalui akaun bank Al Wahida Marketing Sdn.Bhd. dan Fax slip bank ke Pejabat AWM. Sebarang pertanyaan sila hubungu Sdr Khidir.
Insyallah kita bercadang untuk menyumbang sebanyak mungkin pada tahun ini.

Program Qurban Masyarakat Campa Cambodia

Salam seluruh warga HPA

HPA Cambodia akan sedang berusaha untuk membantu Masyarakat Muslim Cambodia(Campa) dalam program Qurban. Sesungguhnya Masyarakat Muslim Cambodia hidup dalam serba kekurangan dan amat begitu daif. Sehubungan dengan itu demi sesuap daging yang di makan setahun sekali, marilah tahun ini kita menyalurkan ibadat Qurban kita kepada masyarakat tersebut. Setiap tahun daging Qurban di negara kita melimpah ruah dan berputar dikalangan kita, sedangkan ibadah Qurban bertujuan untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
Bagi yang ingin bersama HPA CAMBODIA dalam ibadah Qurban ini boleh menyalurkan kepada HPA Malaysia dengan menghubungi saudara Khidir Osman(staff AWM) pada no hp 0194582205. Harga setompok RM 200(termasuk kos pengurusan sembelihan dan sebagainya). Pembayaran boleh di lakukan dengan bayaran melalui akain bank Al Wahida Marketing Sdn.Bhd. dan Fax slip bank ke Pejabat AWM. Sebarang pertanyaan sila hubungu Sdr Khidir.
Insyallah kita bercadang untuk menyumbang sebanyak mungkin pada tahun ini.

Khamis, 16 September 2010

SALAM 1 MALAYSIA

Salam....Pihak Kiosk Larkin ingin memaklumkan bahawa 16 September 2010 ( khamis) adalah
merupakan Hari 1 Malaysia yang juga cuti umum bagi syarikat.Sehubungan dengan
itu pihak Kiosk kami akan beroperasi pada hari tersebut seperti biasa,sekian wassalam dan
                  
SALAM 1 MALAYSIA

Selasa, 14 September 2010

Amalkan Alkalizing ChloropHyll Drops Selepas Idul Fitri

Produk Selepas Idul Fitri

 

Setelah puas makan daging, nasi beraini, lemang, kek dan macam-macam juadah berkolesterol tinggi, maka jom kita amalkan Alkalizing ChloropHyll Drops. Kurangkan asid berlebihan dalam badan. Pengamalan ACD ini amat mustahak khusus kepada para pengempur Radix.....

SELAMAT MENCUBA !

MESYUARAT KALI KE 8 AKAN DIADAKAN OLEH KOWAHIDA

Tuesday, September 14, 2010

KEPADA SEMUA ALK KOWAHIDA.MESYUARAT KALI KE 8 AKAN DIADAKAN PADA 23 SEPTEMBER,BERTEMPAT DI BILIK MESYUARAT AWM JAM 10 PAGI. SEHUBUNGAN DENGAN ITU,MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI JUGA AKAN DIADAKAN SELEPAS MESYUARAT.HARAP MAKLUM

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan Koperasi Wahida HPA Berhad

Sila hubungi:

Tel:04-9773813/14 (pej);
Fax:04-9773812; atau
Emel kpd:
kowahida@yahoo.com , atau
copwahida@gmail.com

MEMO PRODUK BARU DC23 ANTI PIMPLE CREAM

TINTA P.U SIRI 1 SEPTEMBER 2010


Isnin, 13 September 2010

Kursus Pra Herbalis U-Herbs KPS

PERKONGSIAN ILMU CEMERLANG (PIC) KHAS SEPTEMBER 2010

BAYARAN : RM 170.00TARIKH : 27 & 28 SEPTEMBER 2010 (ISNIN & SELASA)TEMPAT : DEWAN UMAR MUKHTAR SUNGAI PETANI KEDAH(ATAS RFC LAGENDA HEIGHTS)

Sila Buat Bayaran Ke Akaun Seperti Butiran Berikut :
Bank : BIMB (Bank Islam)
No. Akaun : 090 100 100 02734
Nama : Ismail Bin Ahmad
Hantarkan bukti (maklumat/salinan) bayaran ke
Fax: 04-4419254

Selasa, 7 September 2010

PPZS GLOBAL: SUMBANGAN AIDIL FITRI HPA ZON SELATAN (SK KAHANG KLUANG)



HPA meneruskan niat baiknya di bulan Ramadhan lagi walaupun sudah tiba di penghujungnya. Baru-baru ini SK Kahang, Kluang, Johor telah menerima sumbangan daripada HPA melalui Pejabat Pentadbiran Zon Selatan. Sumbangan kepada 50 orang anak yatim dan pelajar kurang mampu sekolah itu telah diterima oleh oleh Ustazah Ismiah. Semoga sumbangan syarikat yang tidak seberapa ini dapat meringankan beban mereka untuk menyambut hari lebaran kelak.

Isnin, 6 September 2010

UCAPAN AIDILFITRI DARIPADA PENGARAH URUSAN HPA

4 SEP 2010: Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin dari kami seluruh warga kerja HPA kepada sekelian mereka yang telah mendokong HPA dan bersama-sama memperjuangkan produk halal di mana sahaja kalian berada.”teruskan perjuangan tanpa mengenal lelah sehingga tidak ada lagi produk haram di rumah orang Islam”.amin

Ahad, 5 September 2010

Sepintas Lalu Info Pelancaran HPAIC



Salam seluruh warga HPA Malaysia, Indonesia, Cambodia, Brunei, Thailand, Singapore dan Filipina.

Majlis Pelancaran sepintas lalu adalah seperti berikut

Tarikh: 2hb Oct 2010
Jam: 0800 - 1130H Perasmian bersama Pengarah Urusan dan PJS
1430 - 1700H Seminar khas Chlorophyl, Minuman Talbinah, MLMS dan Jelly Gamat
Semua Pengurusan, PJS dan Pemimpin berpakaiana blazer.

Sehubungan dengan ini di minta semua KPA/KPU/KPT/KPS/KPB sila uruskan segera dan maklumkan anggaran jumlah kehadiran kepada AWM selewat-lewatnya 15hb sept 2010.

Info Buletin Utama TV3 Jam 8.00 malam 3hb Sept 2010

Satu lagi pengkhianatan terhadap umat Islam dilakukan. Ayam yang kononnya ada logo JAKIM di serbu oleh pihak JAKIM dan beberapa NGO di Lembah Kelang. Amat kotor, menjijik dan termuntah bila ayam tidak disembelih secara hukum syarie. Disembelih oleh mereka yang tidak tahu menegenai agama. Paling jijik sebelah pusat sembelih ayam adalah pusat sembelihan BABI dan pusat proses kerang yang di miliki oleh satu taukeh. Sungguh amat BIADAP mereka ini. Tapi apa nak kata dengan sikap orang kita. Mencari semua nak murah. Tak percaya diri sendiri. Kerana nak ayam murah maka itulah hasilnya. Semua nak tuding jari ke JAKIM bila hal ini terbongkar. Mungkin ada yang kata "saya tak tau" atau ada yang main senang cakap "JAKIM yang tanggung dosa.."!!!!
Namun apakah kita rela mulut kita di masuki najis BABI, ayam HARAM dan kerang dan ikan keli yang makan TAHI dan BANGKAI BABI?????? Bagi ahli HPA sudah tentunya tidak. Namun berjuta lagi umat Islam yang tidak terkecuali para alim Ulamak masih lagi bersifat lidah petah berhujah, namun MEMBUJUR LALU MELINTANG SAPU.
Sudah sekian lama, ramai yang menjamah Minyak Sapi QBB(Beratur Babi)dan sewajarnya semua umat Islam amat wajib/mandatori memulaukan terus walaupun QBB mohon maaf kerana sebagai suatu pengajaran kepada pengusaha lain agar tidak main mudah dengan umat Islam. Maka hari ini kita wajib mandatori untuk terus memulau ayam yang tidak tahu asal usul dan tidak di pantau oleh mereka yang ahli dalam Halal dan Haram.

Rabu, 1 September 2010

Selamat Hari Raya

 
Selamat Hari Raya

Assalamualaikum

Cuti raya dah nak bermula, ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelanggan dan rakan sekerja,

Kepada mereka yang menghantar Kad hari raya dan juga ucapan SMS hari raya, terima kasih banyak-banyak, tak sempat membalas kesemuanya!

Terima kasih atas sokongan anda semua sejak dahulu sehingga sekarang ini.

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin dari kami sekeluarga

TAHNIAH KEPADA WARGA HPA INDONESIA DAN CAMBODIA

Wednesday, September 1, 2010

Tahniah kepada Seluruh Warga HPA(Staf dan Distributor) Indonesia dan Cambodia kerana berjaya melakukan peningkatan jualan pada bulan August 2010.

Walaupun ada sedikit permasalaahan hubungan Msia/Indonesia, namun Islam tidak memisahkan kita semua. Mereka yang bijak adalah mereka yang melakukan kebaikan dan bukannya permusuhan.Warga HPA adalah pembawa missi kedamaian dan perpaduan.

Warga HPA pencetus kepada gerakan ekonomi ummah. Warga HPA tidak mudah melatah dengan isu-isu provokasi semasa yang membawa kepada keruntuhan sebuah kedamaian.